Sunday, 27 September 2015

Pengenalan Kepada Ilmu Figih

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah ﷻ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Ilmu figih atau sebutan biasanya fiqh atau feqah adalah merupakan salah satu cabang dalam ilmu agama. ilmu agama itu terbahagi kepada 3, yakni ilmu serangkai. yang dimaksudkan 3 ilmu serangkai itu adalah ilmu tauhid, ilmu figih, dan ilmu tassawuf.

ilmu figih itu membawa maksud 'Faham' jika dari konteks bahasa. Dari segi istilah, figih itu adalah 'Ilmu hukum syara' amali', yang dipetik dalil-dalilnya daripada al quran dan hadis secara teperinci. Adapun pengambilan bahannya adalah daripada Al Quran, Hadis, ijma' dan Qiyas.

ilmu figih ini penting kerana daripada ilmu ini, barulah kita dapat mengetahui sama ada sah atau tidak solat kita, haram atau halal makanan kita, dan sebagainya.

Diantara kitab figh karangan ulama silam mazhab al imam muhammad bin idris rhm adalah Idaman penuntut, syafinatun najah, munyatul mussolli, hidayatus sibyan, bidayatul hidayah, fat'hul mu'in, dan lain-lain.

Ilmu ini adalah wajib dipelajari bagi tiap-tiap yang mukallaf (islam, baligh, berakal, sampai seruan islam kepadanya). Oleh kerana itu, wajiblah anda berilmu dengan ilmu ini kerana ianya membawa anda kepada sahnya ibadat itu.

Memetik kata al hujjatul islam, al imam ghazali rhm didalam kitabnya Minhajul Abidin

" Adapun ibadat-ibadat syarak seperti bersuci, solat puasa, dan 
lain-lain maka wajib anda ketahui, mengenal hukum-hukum
dan syarat-syaratnya sehingga anda melaksanakannya
(dengan betul menurut syarak) "

seterusnya beliau mengatakan lagi :

" Anda wajib berilmu, kerana kemungkinan anda didatangi
oleh sesuatu kemusykilan dalam sesuatu hukum walhal anda tidak
mendapati orang alim yang boleh anda bertanya tentang
hukum-hukum yang anda tidak mengerti itu, sedangkan anda tidak mempelajarinya "


Wallahu subhanallahutaala 'alam


No comments:

Post a Comment