Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah ﷻ.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Adab merupakan satu perkara yang menjadi mahkota kepada setiap orang islam. Kerana melalui adab atau akhlak, maka kita boleh mencapai darjat orang yang berpanjangan berpuasa dan bersolat (baca : riyadhus solihin). Adap merupakan salah satu ilmu yang wajib dipelajari kerana adab tidak kita dapati dimana-mana kulit buku, tetapi ada dengan guru-guru kita. Maka tidaklah dia layak bergelar guru sekiranya dia mempunyai akhlak yang buruk, khususnya akhlak yang buruk kepada Allah dan rasulNya.
Para pembaca rhm. Sedar atau tidak sedar, di akhir zaman ini, semakin ramai anak murid yang bersikap kurang sopan dengan guru mereka sendiri lebih-lebih dalam bidang keagamaan. Sekiranya dia bercanggah dengan gurunya, maka habis dicerita keburukan. Marilah kita mengambil contoh imam malik dan imam syafi'e. Mereka berdua merupakan salah satu daripada 4 imam mazhab yang besar didunia. Imam Syafi'e juga punyai beberapa masalah yang bercanggah dengan pendapat gurunya, akan tetapi adab dan akhlak yang ada, membatasi segalanya. Betapa hormatnya beliau kepada gurunya itu.
Didalam kitab Ta'limul Muta'allim tarigah Ta'lum menyatakan bahawa saidinda Ali r.a menyebut,
" Saya menjadi hamba bagi orang yang mengajariku satu huruf ilmu;
terserah ia mahu menjualku, memerdekakanku,
atau tetap menjadikan aku sebagai hamba "
Betapa kita telah melupakan perihal akhlak kita terhadap guru, para alim dan ulama. Sedangkan adab itu, hasil daripada ilmu. Bacalah, dan bergurulah dengan berapa banyak alim sekalipun, sekiranya tiada akhlak, maka tiada berguna bagi seorang pelajar itu menempuh jalan mencari ilmu. Kerana ilmu itu ibarat akar, pokoknya adalah adab.
Didalam blog ini, saya akan memuatkan pengajian kita ta'limul muta'allim tarigah ta'llum karangan shiekh zarnuji rhm. Semoga kita dapat amal dan kita sampaikan.
Wallahu subhanallahutaala 'alam

