Sunday, 18 October 2015

Idaman Penuntut Jilid 1 (Bersuci dan Hukumnya)

Assalamualaikum kepada para pembaca rhm.

Pada entri ini, al fagir cuba untuk berkongsi ilmu kepada kalian hasil daripada karangan alim ulama silam. semoga bermanfaat, InsyaAllah.


"Adalah Bersuci itu dalam percakapan hari-hari (pada loghat)
 maknanya membersihkan diri atau benda-benda daripada kotoran,
 sama ada najis atau tidak seperti air ludah, hingus, dan lain-lain

Dan maknanya pada syarak iaitu menghilangkan halangan
beribadat dengan sebab ada hadas atau ada najis dan menghilangkan
halangan memakan sesuatu benda dengan sebab
kena najis,"


"Alat Untuk Bersuci itu ialah Air, Tanah, dan Batu, maka
dengan limpah kurniaNya, terhadap hambanya telah 
menjadikan air itu lebihbanyak dengan tiada 
berkehendakkan kepada proses pada 
mendapatkannya

Hukum bersuci daripada hadas dan najis itu wajib kerana ijmak
ulamak sebagaimana mereka telah ijmak mensyaratkan bersuci
 daripada hadas dan najis itu dengan air"



Sidang pembaca yang dimuliakan oleh Allah s.w.t sekalian. Terkadang kita melihat perkara berkenaan kebersihan ini sesuatu yang temeh. Sedangkan terdapatnya azab kubur yang menunggu kepada sesiapa yang tidak bersuci dengan betul seperti kisah nabi Muhammad s.a.w yang mencacak pohon dikubur 2 orang yang dilalunya dengan harapan penghuni kubur itu diringankan azabnya asbab tidak bersuci dengan betul.

Sekiranya ada najis dianggotanya, maka tidak sah untuk dia solat atau membaca al quran. Hal ini demikian kerana kita membawa najis yang tidak dimaafkan.

Pada perenggan pertama, rangkap akhir, menyatakan "dan lain-lain", membawa maksud benda keji seperti tahi hidung, tahi telinga, dan daki.

Sekiranya terdapat najis pada pakaian kita sewaktu nak solat, maka wajib kita buang sebelum takbiratul ula. manakala jika kita sedang solat, maka wajib kita buang najis itu serta merta.




Wallahusubhanallahutaala 'alam

Tuesday, 29 September 2015

ilmu adab

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah ﷻ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Adab merupakan satu perkara yang menjadi mahkota kepada setiap orang islam. Kerana melalui adab atau akhlak, maka kita boleh mencapai darjat orang yang berpanjangan berpuasa dan bersolat (baca : riyadhus solihin). Adap merupakan salah satu ilmu yang wajib dipelajari kerana adab tidak kita dapati dimana-mana kulit buku, tetapi ada dengan guru-guru kita. Maka tidaklah dia layak bergelar guru sekiranya dia mempunyai akhlak yang buruk, khususnya akhlak yang buruk kepada Allah dan rasulNya.

Para pembaca rhm. Sedar atau tidak sedar, di akhir zaman ini, semakin ramai anak murid yang bersikap kurang sopan dengan guru mereka sendiri lebih-lebih dalam bidang keagamaan. Sekiranya dia bercanggah dengan gurunya, maka habis dicerita keburukan. Marilah kita mengambil contoh imam malik dan imam syafi'e. Mereka berdua merupakan salah satu daripada 4 imam mazhab yang besar didunia. Imam Syafi'e juga punyai beberapa masalah yang bercanggah dengan pendapat gurunya, akan tetapi adab dan akhlak yang ada, membatasi segalanya. Betapa hormatnya beliau kepada gurunya itu.

Didalam kitab Ta'limul Muta'allim tarigah Ta'lum menyatakan bahawa saidinda Ali r.a menyebut,

" Saya menjadi hamba bagi orang yang mengajariku satu huruf ilmu;
 terserah ia mahu menjualku, memerdekakanku,
 atau tetap menjadikan aku sebagai hamba "



Betapa kita telah melupakan perihal akhlak kita terhadap guru, para alim dan ulama. Sedangkan adab itu, hasil daripada ilmu. Bacalah, dan bergurulah dengan berapa banyak alim sekalipun, sekiranya tiada akhlak, maka tiada berguna bagi seorang pelajar itu menempuh jalan mencari ilmu. Kerana ilmu itu ibarat akar, pokoknya adalah adab.

Didalam blog ini, saya akan memuatkan pengajian kita ta'limul muta'allim tarigah ta'llum karangan shiekh zarnuji rhm. Semoga kita dapat amal dan kita sampaikan.

Wallahu subhanallahutaala 'alam


Sunday, 27 September 2015

Pengenalan Kepada Ilmu Figih

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah ﷻ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Ilmu figih atau sebutan biasanya fiqh atau feqah adalah merupakan salah satu cabang dalam ilmu agama. ilmu agama itu terbahagi kepada 3, yakni ilmu serangkai. yang dimaksudkan 3 ilmu serangkai itu adalah ilmu tauhid, ilmu figih, dan ilmu tassawuf.

ilmu figih itu membawa maksud 'Faham' jika dari konteks bahasa. Dari segi istilah, figih itu adalah 'Ilmu hukum syara' amali', yang dipetik dalil-dalilnya daripada al quran dan hadis secara teperinci. Adapun pengambilan bahannya adalah daripada Al Quran, Hadis, ijma' dan Qiyas.

ilmu figih ini penting kerana daripada ilmu ini, barulah kita dapat mengetahui sama ada sah atau tidak solat kita, haram atau halal makanan kita, dan sebagainya.

Diantara kitab figh karangan ulama silam mazhab al imam muhammad bin idris rhm adalah Idaman penuntut, syafinatun najah, munyatul mussolli, hidayatus sibyan, bidayatul hidayah, fat'hul mu'in, dan lain-lain.

Ilmu ini adalah wajib dipelajari bagi tiap-tiap yang mukallaf (islam, baligh, berakal, sampai seruan islam kepadanya). Oleh kerana itu, wajiblah anda berilmu dengan ilmu ini kerana ianya membawa anda kepada sahnya ibadat itu.

Memetik kata al hujjatul islam, al imam ghazali rhm didalam kitabnya Minhajul Abidin

" Adapun ibadat-ibadat syarak seperti bersuci, solat puasa, dan 
lain-lain maka wajib anda ketahui, mengenal hukum-hukum
dan syarat-syaratnya sehingga anda melaksanakannya
(dengan betul menurut syarak) "

seterusnya beliau mengatakan lagi :

" Anda wajib berilmu, kerana kemungkinan anda didatangi
oleh sesuatu kemusykilan dalam sesuatu hukum walhal anda tidak
mendapati orang alim yang boleh anda bertanya tentang
hukum-hukum yang anda tidak mengerti itu, sedangkan anda tidak mempelajarinya "


Wallahu subhanallahutaala 'alam


Cintai Ilmu

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah ﷻ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Pertamanya, marilah kita merafa'kan kesyukuran kita kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah, kerana telah memberikan kita nikmat yang tidak terhitung nikmatnya jika kita mahu kira. Nikmat paling besar itu adalah nikmat Islam.

Mahabbah fi 'ilm membawa maksud cinta dalam ilmu. Cinta kepada ilmu merupakan satu nikmat yang Allah beri kepada hambaNya yang dipilih. Tidak semua Allah beri nikmat ini. Blog ini adalah satu usaha sang fagir yang lemah untuk berkongsi apa yang telah dipelajari kepada mereka-mereka diluar sana. 

Disamping kita mempelajari ilmu figih, saya juga akan memberi pengisian tentang ilmu adab atau ilmu tassawuf.

saya bukan ustaz, mahupun guru, jauh sekali ulama. tetapi seorang yang mencintai ilmu agama. Kepada para ustaz, ustazah, tok guru, para alim ulama diluar, sekiranya pengisian saya salah, maka tegurlah saya.

Semoga dengan pengisian yang saya sampaikan, yang saya nukilkan dari kitab-kitab para fugaha, dapat memberi manfaat kepada para pembaca.